Friday, March 2, 2012

air gula aka glucose syrup

sudah ditulis tetapi rasanya seperti ada yang tak beres.air gula, kenapa?what is so big deal tentang air gula?yang pasti; kalau anda sedang mengandung dan paras darah kurang dari 11.anda layak untuk minum air gula..yang tak sedap langsung walaupun gula yang digunakan dalam bancuhan datang dari tebu yang sama seperti air tebu.tidakk, taubat memang aku takkan minum air gula tu lagi.kalau doc cakap kena minum air gula lagi, konpem aku lari dari kllinik tu lain kali.macam budak-budak kan?tapi seksanya menghabiskan air gula yang macam setengah gelen(propa je lebey),huisshhhh...siap teguk-teguk..telan slow-slow.macam-macam gayanak menghabiskan air gula yang maha hebat kemanisannya.sampai baby yang ngah syok melayan tidur dalam rahim aku pun terkejut beruk.siap berkungfu panda kerana tak tahan dengan kelikatan paras glukosa yang lebih tinggi dari air banjir.naik senak perut dan kepala aku.betul-betul sugar high.

No comments: