Tuesday, August 7, 2012

penantian chenta...

sudah berakhir pada 27.07.2012.alhamdulillah, malam sebelumnya bagai ada petanda.sedar atau mungkin separa, aku bagaikan terdengar seseorang sedang melaungkan azan.tak penuh, cuma separuh...dalam hati kecilku terdetik, "aisy keluar esok ni." dan mungkin bisik hatiku menjadi doa yang terdengar oleh-Nya. pagi Jumaat, perut aku dah mula sakit-sakit, macam diramas-ramas dan diblender.sakitnya tak terkata, nak menitis air mata tapi bagai tiada kata-kata atau perasaan nak digambarkan.abah aisy sangat happy walau aku tahu hati dia dah start panik.mulut suami aku tak henti-henti menguntum senyum kerna dia tahu, chenta kecil kami sudah dalam perjalanan menuju ke dunia yang nyata.hatiku berdoa agar segalanya berjalan lancar seperti yang kami inginkan.sampai sahaja di hospital, tak tunggu lama nurse start check apa yang patut dan dari result yang diperolehi, rahim aku dah terbuka dalam 5-6cm.ini melayakkan aku untuk terus masuk bilik bersalin dan meneruskan perjuangan melahirkan anak terchenta kami.sakit di perut masih berdenyut-denyut tatkala tiba di labour room.setelah air ketuban dipecahkan, abah aisy baru dibenarkan masuk dan aku rasa lebih aman saat suami berada disisi.namun, yang diingin tak berlaku.selang antara air ketuban yang dipecahkan dan waktu melahirkan terlalu panjang.chenta kami lemas dan tidak dapat bernafas dengan normal saat dilahirkan.Tuhan sahaja yang tahu perasaan hiba seorang ibu; saat anak yang dilahirkan tidak bersuara malahan kaku tanpa apa-apa reaksi.ditambah pula dengan tumpah darah yang aku alami disaat yang sama.pelbagai perkara buruk bermain di minda,tetapi kerana suamiku disisi, aku biarkan dia mengikut baby.bidan meminta dia keluar kerana luka akibat internal bleeding perlu dijahit segera.lagi pula, aku rasa lebih selamat saat dia mengikut baby kerana segala keputusan kritikal berada di tangan abah aisy semata-mata.alhamdulillah berkat kepakaran dan keprihatinan dari pihak perubatan, aisy selamat dan bernafas walau dibantu tiub pernafasan.24 jam pertama lepas kelahiran aisy, memang mencabar.bius aku belum kebah tapi dengar je tangisan baby-baby lain hati aku jadi sedih sebab aku tak dapat nak dengar anak aku sendiri menangis.paling takut kalau aku tak semapt tengok dia.mendengar dari penerangan suami aku,keadaan baby macam serius sebab baby masih lagi bernafas dengan sokongan tiub.entah makan,entah tidak anak aku...bertambah-tambah pressure diri ni terasa.tak putus-putus aku berdoa moga si kecil chenta hati kami selamat hendaknya.dan alhamdulillah dengan izin Dia dan semangat juang yang jitu dari baby aku, dia selamat dan sihat membesar. terima kasih Tuhan!

Tuesday, July 17, 2012

Monday, July 16, 2012

hey,yes....i'm paranoid!

been waiting....tick tock tick tock..seems the minutes pass too slow...another 5 minutes to midnight, no, it's not about the dark knight rises...it's my 39th weeks of being pregnant!and how time flies so slow, i am very excited to hold my 1st baby in my arms.oh,dear if only you come out now.it seems ridiculous to wish for such hope..people keeps reminding me about the pain and strength that i need to pour just in order to bring this little angel of mine out to the world.but it's all worth the effort,ey?i did not know how i will endure all the pain but i know i cannot wait another minute anymore...

Thursday, July 12, 2012

oh!

it's has been 38 weeks now and there's no signs yet of early labour.i've been anxious about my baby but it seems like he love to be in the womb better rather than seeing the world. but each days that passed by,has become a misery for both of us.my hubby can't wait to hold his first precious one and nothing could describe my feeling.sangat tak terkawal, sometimes i feel restless.too eager to hold my darling too!but most importantly, i'm worried about his health as i heard many things make it good or bad.but one thing that i always reminds my self-save the best for the last. InsyaAllah nothing will go wrong and our Aisy will be joining us soon!and eventho he is still in there, but i know this lilttle one is really up for mischief...kicking here and there;and as if he understands; he did react to every single things that we told him except getting out early.i guess it's true; he loves his mummy too much he wants to be cradled all the time....and Aisy, mummy love u too!

Thursday, May 31, 2012

preloved dresses to let go...:D



Hot Pink -MNG
Material:Viscose + Elastan
Size: s-l (stretchy)
price to let go:RM32(inc postage)
condition:9/10

Teal-no label
Material:nil
Size: s-m
price to let go:RM18(inc postage)
condition:9/10


Deep Purple-ELLE
Material:nil
Size:m-l(stretchy)
price to let go:RM35(inc postage)
condition:9/10


Dark Brown-Ecesis
Material:nil
Size: s-l(stretchy)
price to let go:RM35(inc postage)
condition:9/10

Black-Studio Tangs
Material:heavy cotton
Size: s-l(stretchy)
price to let go:RM20(inc postage)
condition:9/10


Baby Green-Vanessa Tong
Material:cotton
Size: s-m(AUS size 12)
price to let go:RM35(inc postage)
condition:9/10
*all items belong to me previously.sebarang pertanyaan atau jika berminat ingin membeli dress diatas boleh email kepada meteora_syahida@yahoo.com.au.TERIMA KASIH!

Thursday, May 17, 2012

it's all about baby...

sudah menjengah minggu ke-30.hati ni bertambah-tambah rawan mahu kepastian.sihatkah anak aku?lelaki kah perempuan kah?macam-macam bermain dalam hati ini.sudahnya gagahkan diri dan duit juga untuk pergi buat scan 3D baby.anak yang dah pandai menendang dah mencuri hati dan jiwa abah dan ummi.tak sabar sangat nak tunggu kelahiran dia.dah lepas scan lagi teruja, asyik teringat macam baby dah keluar.but i could not lie, masa sonographer to scan dan tunjukkan muka baby, reaksi dia;segala-galanya tentang si kecil kami,terasa macam air mata bergenang di bibir mata.penantian selama 7 bulan yang singkat terasa seperti seribu tahun.hanya untuk melihat wajah bunga chenta kami.terlalu bermakna,sebab kami mungkin tak kaya dengan harta tetapi anak ini adalah harta kami yang paling mahal.dan paling aku bersyukur kerna baby sihat dan lengkap malah sempat dia tersenyum walau dalam tidur.mimpi kami ye sayang?

Friday, May 11, 2012

Kau pergi...

seorang sahabat telah pergi meninggalkan dunia ini pada 05/05/2012.orangnya masih muda.paling menyiat hatiku, dia pergi bersama-sama anak dalam kandungan yang berusia 5 bulan.sebagai seorang wanita yang sedang mengandung, terasa amat sedih kerna anak yang ditunggu tak mampu untuk mengecap hidup di dunia ini.tapi, Allah itu pengatur yang maha bijaksana.dia lebih mengetahui apa yang dikehendakiNya.semoga roh arwah aman disana.dan memikirkan kehilangan membuatkan aku berasa tak aman tetapi tetap bersyukur dengna nikmat umur dan rezeki yang Dia pinjamkan kepada aku.mungkin perjalanan sesetengah orang lebih panjang, lebih senang dengan kenikmatan yang diberikan, tapi kesusahan dan ujian yang Dia berikan bukan faktor untuk aku berserah dan terus berputus harap.
photo ihsan dari:flickr

Monday, April 30, 2012

bosan.

nothing much to update...masih dalam penantian, menunggu permata kecil kami bersedia untuk keluar.sambil juga bertatih mengerjakan perniagaan yang baru bermula sekerat jalan ini.banyak halangannya tapi aku dan suami tak mahu cepat-cepat kecewa dengan hasil yang kadang-kadang nampak tak setimpal.mungkin ada hikmahnya.tapi kadang-kala aku tak berapa faham dengan pemikiran orang-orang yang sepatutnya berpengalaman dengan ini.nampak tidak berasas sekali-sekala pabila sesuatu yang mudah diagak menjadi sekadar ramalan kosong.mungkin kami nampak "kosong" tapi kami juga belajar dan berani untuk mendengar.tidak sekadar memberi cadangan dan berharap yang lain melakukannya...entah,aku pun tak faham...betullah kata orang.cara kita bercakap menggambarkan kita.

Wednesday, April 4, 2012

long..long...short journey..

the first day we knew that our lil one is with us, the journey seems too far away.we had many worries, expectation, fears and joy filling our mind and heart.as day by day went by, some things seem to be very easy to handle but other,we still find it hard to adjust to.but as today passed by, our baby is already 6 months together with us.how time flies,eyh?



photo ihsan dari:http://www.photohome.com

Wednesday, March 28, 2012

mendung.....

hari yang tenang untuk dinikmati...hujan bagaikan membawa sesuatu perasaan yang aman bagiku.tatkala mendung menutupi langit, bagai terlindung sebuah kesuraman..tanpa terik sang mentari, hari tetap indah.kelabu tak semestinya buruk;ia selimut buat jiwa-jiwa yang ketandusan..dingin yang tak menakutkan..sekadar disitu, memberitahu bahawa semuanya baik-baik sahaja...

Monday, March 19, 2012

little surprise!!!

my lil brother sms-ed me last nite...telling that he is coming over just for a quick visit...been expecting him with no thought that he would come so early.rupa-rupanya datang nak tumpang mandi.anyway, feels glad that he did came over even just for awhile.haven't see my family for quite sometimes now & i really miss them.and baby aisy gotta to hear his lil uncle voice for the first time.he was quiet but after awhile, i know that he will remember....dear my lil baby...!and thank you Korie for visiting.

Friday, March 2, 2012

air gula aka glucose syrup

sudah ditulis tetapi rasanya seperti ada yang tak beres.air gula, kenapa?what is so big deal tentang air gula?yang pasti; kalau anda sedang mengandung dan paras darah kurang dari 11.anda layak untuk minum air gula..yang tak sedap langsung walaupun gula yang digunakan dalam bancuhan datang dari tebu yang sama seperti air tebu.tidakk, taubat memang aku takkan minum air gula tu lagi.kalau doc cakap kena minum air gula lagi, konpem aku lari dari kllinik tu lain kali.macam budak-budak kan?tapi seksanya menghabiskan air gula yang macam setengah gelen(propa je lebey),huisshhhh...siap teguk-teguk..telan slow-slow.macam-macam gayanak menghabiskan air gula yang maha hebat kemanisannya.sampai baby yang ngah syok melayan tidur dalam rahim aku pun terkejut beruk.siap berkungfu panda kerana tak tahan dengan kelikatan paras glukosa yang lebih tinggi dari air banjir.naik senak perut dan kepala aku.betul-betul sugar high.

Tuesday, February 28, 2012

need a face lift...

basically back to basic..kinda bored with the previous look therefore i decided to change it.since baby is on the way and i am too free to do so much things(yet time constraints me!);i have decided on changing the looks.enough said...and both me & my hubby still can not get over the fact that we are expecting a boy.esp my hubby so happy. he started to call our future baby as his Sulaiman.yes, we shall named him Aisy Sulaiman,Insyaallah.

Monday, February 27, 2012

it's a boy!!!!

itulah kata doktor...dan aku macam;"doktor, biar betul....suami saya dah ada 17 orang anak buah lelaki..alahai".doktor tu diam je, tak cakap apa-apa..heehhee,lucu...baru je berangan nak pakaikan "bakal" chenta hati ngan baju-baju gaun kembang 2-3 mangkuk macam baby harper 7.tapi lepas berfikir-fikir dan bermuhasabah diri, alhamdulillah baby umi sihat.tiada perkara yang membimbangkan.dan kalau laki-laki pun, baby umi ni mesti sangant comel macam mason mun kan,kan?abah happy sangat dapat tau bakal beranakkan boy...seronok ada geng..dan dia paling berkenan ngan budak laki ni...

Monday, February 20, 2012

18

ada apa dengan 18?banyak ertinya....saat ini, janin dalam kandungan dah menginjak usia 18 minggu...syukur kepada Dia yang memberikan kami nikmat merasa menjadi ibu dan bapa.walau masih jauh perjalanan kami, tapi dalam detak yang perlahan ini kami amat-amat menghargai setiap detik bersama si kecil dalam rahim ni.tak sabar nak tengok wajah comel si kecil ni.kami juga tertanya-tanya tentang jantina si dia.abah nakkan baby boy, umi pulak tak mau mengalah dan nak sangat timang baby girl.**berkenan sangat ngan baby harper 7.tapi pokoknya, kami mengharapkan anak ini tiada masalah kesihatan dan cukup lengkap seperti sepatutnya...lahirnya sihat sudah cukup mengubat hati kami.

Monday, January 16, 2012

berbekas di hati

tak ingin membangkit AMARAH,
jauh sekali merencana sengketa,
tapi tiap kata & peristiwa silam,
aku tak mahu
kau ulang lagi...
pedih,sakit & terluka,
tak mengertikah,
tiap jalan yang kau
pernah lalui itu..
duri yang terus
menghunus duka
dalam hati kecil ini...

Thursday, January 5, 2012

bekerja atau....

menjadi suri sepenuh masa?kalau ditanya keinginan ini..pasti jawapannya mahu menjadi suri sepenuh masa...nampak seperti satu keinginan yang sangat selfish tapi rasanya kebanyakkan wanita mahu begitu....lebih-lebih lagi tatkala diri membawa bayi yang sedang membesar.penat dan lelah terasa tak tertanggung.mungkin bagi aku...orang lain mungkin lebih kuat dari diri ini...tapi sejujurnya, tubuh ini amat-amat manja dan tak mahu berbuat apa.bukan mahu menyusahkan suami tercinta.itu dilemanya kini..hendak dilepaskan pekerjaan sekarang terasa berat apatah lagi dengan kos hidup yang menggila.namun kesihatan tetap juga tak mengizinkan, malahan kelemahan-kelemahan makin menggugat kosentrasi sehingga kerja tak lagi menjadi prioriti.lelah memikirkan, tapi jawapan tulus sang suami seakan memujuk...benarkah kita mampu,sayang?