Tuesday, August 7, 2012

penantian chenta...

sudah berakhir pada 27.07.2012.alhamdulillah, malam sebelumnya bagai ada petanda.sedar atau mungkin separa, aku bagaikan terdengar seseorang sedang melaungkan azan.tak penuh, cuma separuh...dalam hati kecilku terdetik, "aisy keluar esok ni." dan mungkin bisik hatiku menjadi doa yang terdengar oleh-Nya. pagi Jumaat, perut aku dah mula sakit-sakit, macam diramas-ramas dan diblender.sakitnya tak terkata, nak menitis air mata tapi bagai tiada kata-kata atau perasaan nak digambarkan.abah aisy sangat happy walau aku tahu hati dia dah start panik.mulut suami aku tak henti-henti menguntum senyum kerna dia tahu, chenta kecil kami sudah dalam perjalanan menuju ke dunia yang nyata.hatiku berdoa agar segalanya berjalan lancar seperti yang kami inginkan.sampai sahaja di hospital, tak tunggu lama nurse start check apa yang patut dan dari result yang diperolehi, rahim aku dah terbuka dalam 5-6cm.ini melayakkan aku untuk terus masuk bilik bersalin dan meneruskan perjuangan melahirkan anak terchenta kami.sakit di perut masih berdenyut-denyut tatkala tiba di labour room.setelah air ketuban dipecahkan, abah aisy baru dibenarkan masuk dan aku rasa lebih aman saat suami berada disisi.namun, yang diingin tak berlaku.selang antara air ketuban yang dipecahkan dan waktu melahirkan terlalu panjang.chenta kami lemas dan tidak dapat bernafas dengan normal saat dilahirkan.Tuhan sahaja yang tahu perasaan hiba seorang ibu; saat anak yang dilahirkan tidak bersuara malahan kaku tanpa apa-apa reaksi.ditambah pula dengan tumpah darah yang aku alami disaat yang sama.pelbagai perkara buruk bermain di minda,tetapi kerana suamiku disisi, aku biarkan dia mengikut baby.bidan meminta dia keluar kerana luka akibat internal bleeding perlu dijahit segera.lagi pula, aku rasa lebih selamat saat dia mengikut baby kerana segala keputusan kritikal berada di tangan abah aisy semata-mata.alhamdulillah berkat kepakaran dan keprihatinan dari pihak perubatan, aisy selamat dan bernafas walau dibantu tiub pernafasan.24 jam pertama lepas kelahiran aisy, memang mencabar.bius aku belum kebah tapi dengar je tangisan baby-baby lain hati aku jadi sedih sebab aku tak dapat nak dengar anak aku sendiri menangis.paling takut kalau aku tak semapt tengok dia.mendengar dari penerangan suami aku,keadaan baby macam serius sebab baby masih lagi bernafas dengan sokongan tiub.entah makan,entah tidak anak aku...bertambah-tambah pressure diri ni terasa.tak putus-putus aku berdoa moga si kecil chenta hati kami selamat hendaknya.dan alhamdulillah dengan izin Dia dan semangat juang yang jitu dari baby aku, dia selamat dan sihat membesar. terima kasih Tuhan!