Saturday, December 3, 2011

karma

jangan menyangka gembira itu sentiasa berpanjangan.kadang kala duka juga datang menerjah tatkala hati berada ditempat paling tinggi..sentiasalah beringat.itu yang sering aku tanamkan dalam hati...bimbang kalau di sesuatu ketika, aku jatuh dan tak mampu bangkit dari kedukaan yang tak dijangka.bukan paranoid, sekadar mengingati hukum karma, qada' dan qadar..setiap yang hidup bakal diuji.dan manusia itu tak pernah lepas dari ujian Allah.tak pernah menjadi orang yang lebih baik dan tak mahu menjadi yang terbaik kalau masih ada kualiti dalam jiwa yang masih "sakit".aku lebih senang menjadi aku..berita gembira datang silih berganti tapi tak mati dari dihujani khabar yang keras menerpa ke ruang otak dan hati...membuah kerisauan yang amat...tentang banyak perkara, realiti kehidupan.tak semuanya indah...

Thursday, December 1, 2011

anugerah terindah....

masih awal untuk aku describe perjalanan chenta-perkahwinan kami...berdua lebih baik, memang benar..lebih tangan untuk meringankan bebanan..lebih rasa untuk meluah kata..lebih jiwa untuk berkongsi duka dan suka...segalanya tampak lebih baik...dorongan datang, kekuatan menjadi lebih kukuh kerna kini aku ada seseorang untuk berkongsi rasa cinta dan cemas dalam hidup...namun,hidup ini lebih rasa pabila diri ini dikhabarkan dengan anugerah indah dari Dia.permata hati yang kami tunggu-tunggu sedang berada dengan kami...namun bahagia dan duka bukan sesuatu yang kita rancang atau atur mengikut citarasa kita sendiri...kelmarin, tenang kami hampir diragut tatkala kandungan ini disahkan doktor hampir-hampir "PERGI"...namun, ku kuatkan jiwa dan rasa mengatakan anak ini cukup kuat untuk bertahan...untuk lahir ke dunia ini,membawa senyuman dari bibir kecilnya...kami akan tunggu hingga ke saat-saat itu..tapi sayang, bertahan la bersama kami,yah...

Monday, October 10, 2011

fotoraduan.....nak join!


sekadar bersuka-sukaan mahu ikut lomba fotografi di fotoraduan

i love this photo of my niece...she used to be very very extremely takut with many people when she was small...but as she grows older, she learn to be a wise child in her on world....

Sunday, October 9, 2011

3 minggu 1 hari


kami sudah berada dalam alam perkahwinan..tak berseorangan lagi,syukur Dia izinkan diri ini untuk ditemani seseorang...yang memahami, yang cuba untuk bertahan...saat-saat isteri yang baru dipertanggungjawabkan ini berterusan meminta itu dan ini dari sang "suami" baru...ramai yang bertanya;"so how is your married life?".spontan aku menjawab; "oh, it is good.just fine." tapi dalam begitu, hati ku atau mindaku, sedikit pun tiada kata atau jawapan yang mutakhir kepada persoalan sebegitu...berkahwin atau bercinta....kami memang senantiasa bersama, berkongsi suka dan duka..perit dan jerih...tapi tatkala cinta diikat perhubungan yang tunggal ini,terasa ruangan2 kosong dalam cinta itu sudah terisi.dengan jaminan kasih-sayang, keselamatam,kejujuran dan amanah..i am blessed!cinta kami berakhir seperti yang didoakan.semoga doa kami tetap berterusan untuk saling bersama; mencintai & melengkapi...terima kasih sayang, kerana hadir membawa kepastian bahawa aku tak pernah bersendiri...

Friday, September 9, 2011

takdak akai....

memang pon....give me 100 reasons to actually apply the charge of this 60 cent on kepada rangkaian pengguna telefon bimbit?terutama kepada kami-kami yang bergaji sederhana, tak mampu nak kumpul duit berjuta-jutaan rupiah nak beli cincin berlian?adakah relevan this application of 60sen kepada seorang budak sekolah menengah yang sedang dibuli, hampir dirogol kehabisan kredit sebab tak mampu beli topup sebb ada surcharge 60sen?kepada mak ayah yang membanting tenaga menoreh getah siang dan malam dalam panas dan hujan untuk beli topup demi bertanya khabar anak2 yang terpaksa bekerja,merantau jauh-jauh?60sen, nampka sikit..bagi mat-mat dan mek-mek eksekutif di syarikat-syarikat gah boleh la cakap, apalah sangat 60sen...setakat i wat bayar jamban cangkung....takde rasa...tapi bak kata pepatah melayu,sikit-sikit lama lama jadi bukit...kalu dari 60sen tu dah 8 juta rakyat malaysia(SAHAJA)tak termasuk lagi indon,bangla,nepal,myanmar dan plg latest awang hitam dan amoi tanah besar yang membeli...lu pikirlah sendrik bape byk 60sen tu dikali ngan jutaan makhluk Allah atas bumi ni...Masyaallah,makin kaya tauke-tauke syarikat telekomunikasi negara dan makin cepatlah mereka menambah "cawangan-cawangan" baru pabila rakyat dan pengguna menanggung kerugian dek duit top up yang ciput dipotong oleh servis-servis "gempak" diorang yang tak putus-putus menolak walaupun dah anta message STOP ke no 63888,etc...hampeh,kurang ajar, melanggar hak pengguna..memberi pilihan yang takde pilihan kepada pengguna...tak pulak dipantau...cune renung2kan..jangan asyik ko je nak makan....orang lain pon perlu makan jugak..

Monday, August 8, 2011

meh,meh pilih....jangan malu,jangan segan....

haaaaa....dah seminggu kita berpuasa..dah siang-siang menahan perut dan mulut, kita layankan mata ngan kuih-kuih juadah hari raya jom.....chaloooooooooooooo.....

1.biskut daisy petals ala-ala kiut si mia..


2.biskut cinta itu merah sekali lagi...ngapppp!


3.biskut badam cornflakes satu utk kuih,dua utk maria-u-know-whoo...


4.biskut colourful dahlia kiut-miut


5.biskut suji snowball..meh pakat baling dalam muhluttttt...


6.biskut batang kayu ala-ala pergunungan alps..ko ada?


seterusnya...esok den sambung..naik penat nak menaip....untuk quote harga; sila pm saya kat sini or melawat ke:drdapurkecilku.blogspot.com

Sunday, July 17, 2011

penghujung chenta..............

berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu

layankan as i dunt really have anything to update on...ah, my car brokedown so it's has been 2 h*ll hours of waiting to get towed to the nearest service centre last 2 nights....passers by kept staring as never saw a car broke down or perhaps they're too concern that did not want to ask but kept staring..dey,takde keje ke?but being trapped;both me & u in the car with frustration..patient & respect really taught us well how to manage our sense & love to each other...glad, as hardship keeps us getting closer..

Tuesday, July 5, 2011

jum ikat chenta!!!!!!!!!!!!


masih dalam perjalanan...hampir-hampir menuju cahaya,tapi jalan kami masih terasa samar-samar...tp cahaya dihujung tak juga mati-mati...masih menunggu kami;yang sudah lemau,lemas dan panas serta hampir berputus harap...tapi jodoh ini,Allah panjangkan...malah menjadikan ia rantai besi yang mengukuhkan hati,perasaan dan pemberontakan kami...cahaya yang kelihatan menjauh; malah kini mendekat...bersinar-sinar bagai kristal diacu dalam cahaya samar lilin..lemah tapi masih tetap menjerit...aku disini;kami disini!!!tetap bakal bersama menuju perit,jerih,gelak,tawa,lelah,suka dan duka...kerna hidup aku & hidup dia tercipta untuk saling melengkapi..untuk saling berkata;tak mengapa saat kecewa mencengkam jiwa..Tuhan,kami yang lemah sujud dikakiMu..mengharapkan restu bakal chenta ini tetap bersatu hingga akhir masa....

Tuesday, April 5, 2011

mode: release!!!


bukan,blom release album sebab aku bukan artis...release dari penjara? uishh..mintak simpang, tak mau jadi mangsa fitnah lagi....anyway, sudah release sebenarnya dari di dera si Mak Tiri...i'm done with beauraucracy,politikus,hingus dsbnya....pas ni bawak-bawak lah belajar berjalan dan berpanas keliling kilang macam mandur cabuk plak...jangan asyik dok melanguk depan laptop ko yang bajet canggih lagi up to date just untuk goggle kedai jamban paling murah...please lah, itu bukan effieciency dan rasanya tak menjejaskan KPI pon...tolong la rasakan macam mana orang-orang bawahan aka kuli kau ni wat keje...don't you know that even my job scopes given by you are really ridiculous and shouldnt be part of KPI pon....but maybe, you know nothing that everything seems important to you...

well then, happy working. please be more proactive and not only sits your lazy a** on the chair..it bores them out that they decided to break...

Wednesday, February 9, 2011

pemuja rahsia?



tiah got a card from a mystery man today....pagi-pagi lagi dah ada orang hantar kad chenta pada tiah...bertuah badan, dalam diam ada orang memerhati..tapi tu bukan persoalan pokoknya. yang menjadi akar kepada pokok persoalan adalah perasaan tatkala menerima surat/kad dari org yg kita sayang, suka dn cinta...aku konfem semua perempuan mesti suka dan bangga dan juga senang menerima pujian2 bertulis dari seseorang yang mereka inginkan...so sayangku, bila yang nak bagi umi surat chenta? :)