perlahan-lahan deritamu,aku fahami..mungkin aku yang banyak membebankanmu tapi kali ini, aku sendiri benar-benar kecewa dengan tanggapan orang-orang yang aku harapkan. aku terfikir-fikir,bagaimana mereka sanggup melukakanmu sebegitu?kalau dulu lidah ku petah memujuk hatimu, kini aku faham kalau kata-kataku mungkin tak lagi perlu untuk memujuk hatimu..sayang,maafkan aku..aku tahu hatimu kini amat perit dihiris luka,begitu juga aku...sayang,tak pernah aku menduga kalau ini ujian cinta paling hebat akan aku jalani;bersamamu..mungkin ini hanya duri pertama dalam langkah-langkah kita dan aku sanggup mengharungi ini denganmu...sayang,antara kasih dan cinta;aku tidak mahu membahagi ia..tidak antaramu juga keluargaku...mungkin ini yang terbaik...mungkin kita perlukan lebih banyak waktu...tetapi sampai saatnya, aku mahu kita kembali seperti dulu..cinta,kasih dan kekagumanku tak akan pernah berubah...hanya buatmu satu-satunya...dan percayalah,aku masih disini,selalu menanti-nanti hadirmu bersama senyum itu..tanganku 'kan selalu mengenggam tanganmu,kerana hanya kamu tempat ku bersandar...terima kasih untuk cintamu...mungkin cinta kita tidak luarbiasa tetapi sayang kamu manusia luar biasaku..:)
No comments:
Post a Comment