Sunday, July 12, 2009

si umang-umang..

aku adalah umang-umang,

yang tidak berupa jelas

atau kelihatan manis

di mata manusia....

aku adalah umang-umang,

yang senantiasa berlindung

di balik kulit keras ini...

pernahkah kau berfikir,

bahawa aku; si umang-umang

punya hidup seperti mu

walau kisahku bagai

tidak kedengaran...

hadirku tak terlihat

oleh dunia, tetapi

dirasakan oleh pepasir pantai,

aku adalah umang-umang

yang senantiasa merasa aman,

dengan hidup sendiri

di alam cengkerang ku,

tetapi tidak pernah

merasa aman dengan

polusi mu terhadap diriku..

perlukah aku merubah

rupa kehidupanku pabila

serakahmu yang mengawal

aqal untukmu menilai?

picture: shell by ~ninoness

No comments: