Thursday, May 17, 2012
it's all about baby...
sudah menjengah minggu ke-30.hati ni bertambah-tambah rawan mahu kepastian.sihatkah anak aku?lelaki kah perempuan kah?macam-macam bermain dalam hati ini.sudahnya gagahkan diri dan duit juga untuk pergi buat scan 3D baby.anak yang dah pandai menendang dah mencuri hati dan jiwa abah dan ummi.tak sabar sangat nak tunggu kelahiran dia.dah lepas scan lagi teruja, asyik teringat macam baby dah keluar.but i could not lie, masa sonographer to scan dan tunjukkan muka baby, reaksi dia;segala-galanya tentang si kecil kami,terasa macam air mata bergenang di bibir mata.penantian selama 7 bulan yang singkat terasa seperti seribu tahun.hanya untuk melihat wajah bunga chenta kami.terlalu bermakna,sebab kami mungkin tak kaya dengan harta tetapi anak ini adalah harta kami yang paling mahal.dan paling aku bersyukur kerna baby sihat dan lengkap malah sempat dia tersenyum walau dalam tidur.mimpi kami ye sayang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment