Monday, February 27, 2012

it's a boy!!!!

itulah kata doktor...dan aku macam;"doktor, biar betul....suami saya dah ada 17 orang anak buah lelaki..alahai".doktor tu diam je, tak cakap apa-apa..heehhee,lucu...baru je berangan nak pakaikan "bakal" chenta hati ngan baju-baju gaun kembang 2-3 mangkuk macam baby harper 7.tapi lepas berfikir-fikir dan bermuhasabah diri, alhamdulillah baby umi sihat.tiada perkara yang membimbangkan.dan kalau laki-laki pun, baby umi ni mesti sangant comel macam mason mun kan,kan?abah happy sangat dapat tau bakal beranakkan boy...seronok ada geng..dan dia paling berkenan ngan budak laki ni...

Monday, February 20, 2012

18

ada apa dengan 18?banyak ertinya....saat ini, janin dalam kandungan dah menginjak usia 18 minggu...syukur kepada Dia yang memberikan kami nikmat merasa menjadi ibu dan bapa.walau masih jauh perjalanan kami, tapi dalam detak yang perlahan ini kami amat-amat menghargai setiap detik bersama si kecil dalam rahim ni.tak sabar nak tengok wajah comel si kecil ni.kami juga tertanya-tanya tentang jantina si dia.abah nakkan baby boy, umi pulak tak mau mengalah dan nak sangat timang baby girl.**berkenan sangat ngan baby harper 7.tapi pokoknya, kami mengharapkan anak ini tiada masalah kesihatan dan cukup lengkap seperti sepatutnya...lahirnya sihat sudah cukup mengubat hati kami.

Monday, January 16, 2012

berbekas di hati

tak ingin membangkit AMARAH,
jauh sekali merencana sengketa,
tapi tiap kata & peristiwa silam,
aku tak mahu
kau ulang lagi...
pedih,sakit & terluka,
tak mengertikah,
tiap jalan yang kau
pernah lalui itu..
duri yang terus
menghunus duka
dalam hati kecil ini...