Monday, January 16, 2012

berbekas di hati

tak ingin membangkit AMARAH,
jauh sekali merencana sengketa,
tapi tiap kata & peristiwa silam,
aku tak mahu
kau ulang lagi...
pedih,sakit & terluka,
tak mengertikah,
tiap jalan yang kau
pernah lalui itu..
duri yang terus
menghunus duka
dalam hati kecil ini...

Thursday, January 5, 2012

bekerja atau....

menjadi suri sepenuh masa?kalau ditanya keinginan ini..pasti jawapannya mahu menjadi suri sepenuh masa...nampak seperti satu keinginan yang sangat selfish tapi rasanya kebanyakkan wanita mahu begitu....lebih-lebih lagi tatkala diri membawa bayi yang sedang membesar.penat dan lelah terasa tak tertanggung.mungkin bagi aku...orang lain mungkin lebih kuat dari diri ini...tapi sejujurnya, tubuh ini amat-amat manja dan tak mahu berbuat apa.bukan mahu menyusahkan suami tercinta.itu dilemanya kini..hendak dilepaskan pekerjaan sekarang terasa berat apatah lagi dengan kos hidup yang menggila.namun kesihatan tetap juga tak mengizinkan, malahan kelemahan-kelemahan makin menggugat kosentrasi sehingga kerja tak lagi menjadi prioriti.lelah memikirkan, tapi jawapan tulus sang suami seakan memujuk...benarkah kita mampu,sayang?

Saturday, December 3, 2011

karma

jangan menyangka gembira itu sentiasa berpanjangan.kadang kala duka juga datang menerjah tatkala hati berada ditempat paling tinggi..sentiasalah beringat.itu yang sering aku tanamkan dalam hati...bimbang kalau di sesuatu ketika, aku jatuh dan tak mampu bangkit dari kedukaan yang tak dijangka.bukan paranoid, sekadar mengingati hukum karma, qada' dan qadar..setiap yang hidup bakal diuji.dan manusia itu tak pernah lepas dari ujian Allah.tak pernah menjadi orang yang lebih baik dan tak mahu menjadi yang terbaik kalau masih ada kualiti dalam jiwa yang masih "sakit".aku lebih senang menjadi aku..berita gembira datang silih berganti tapi tak mati dari dihujani khabar yang keras menerpa ke ruang otak dan hati...membuah kerisauan yang amat...tentang banyak perkara, realiti kehidupan.tak semuanya indah...