Thursday, December 1, 2011

anugerah terindah....

masih awal untuk aku describe perjalanan chenta-perkahwinan kami...berdua lebih baik, memang benar..lebih tangan untuk meringankan bebanan..lebih rasa untuk meluah kata..lebih jiwa untuk berkongsi duka dan suka...segalanya tampak lebih baik...dorongan datang, kekuatan menjadi lebih kukuh kerna kini aku ada seseorang untuk berkongsi rasa cinta dan cemas dalam hidup...namun,hidup ini lebih rasa pabila diri ini dikhabarkan dengan anugerah indah dari Dia.permata hati yang kami tunggu-tunggu sedang berada dengan kami...namun bahagia dan duka bukan sesuatu yang kita rancang atau atur mengikut citarasa kita sendiri...kelmarin, tenang kami hampir diragut tatkala kandungan ini disahkan doktor hampir-hampir "PERGI"...namun, ku kuatkan jiwa dan rasa mengatakan anak ini cukup kuat untuk bertahan...untuk lahir ke dunia ini,membawa senyuman dari bibir kecilnya...kami akan tunggu hingga ke saat-saat itu..tapi sayang, bertahan la bersama kami,yah...

Monday, October 10, 2011

fotoraduan.....nak join!


sekadar bersuka-sukaan mahu ikut lomba fotografi di fotoraduan

i love this photo of my niece...she used to be very very extremely takut with many people when she was small...but as she grows older, she learn to be a wise child in her on world....

Sunday, October 9, 2011

3 minggu 1 hari


kami sudah berada dalam alam perkahwinan..tak berseorangan lagi,syukur Dia izinkan diri ini untuk ditemani seseorang...yang memahami, yang cuba untuk bertahan...saat-saat isteri yang baru dipertanggungjawabkan ini berterusan meminta itu dan ini dari sang "suami" baru...ramai yang bertanya;"so how is your married life?".spontan aku menjawab; "oh, it is good.just fine." tapi dalam begitu, hati ku atau mindaku, sedikit pun tiada kata atau jawapan yang mutakhir kepada persoalan sebegitu...berkahwin atau bercinta....kami memang senantiasa bersama, berkongsi suka dan duka..perit dan jerih...tapi tatkala cinta diikat perhubungan yang tunggal ini,terasa ruangan2 kosong dalam cinta itu sudah terisi.dengan jaminan kasih-sayang, keselamatam,kejujuran dan amanah..i am blessed!cinta kami berakhir seperti yang didoakan.semoga doa kami tetap berterusan untuk saling bersama; mencintai & melengkapi...terima kasih sayang, kerana hadir membawa kepastian bahawa aku tak pernah bersendiri...